Thursday, 30 September 2010

Yay! And not yay!

Alhamdulillah.. elaun da masuk.. So, bile elaun masuk, mule2 skali kne buat ape? Bayar hutang! Huhu.. X pernah kot seumo hidup aku, berhutang dgn org byk mcm kali ni. Dah nak buat mcm mane.. terdesak amat. Walo mcm mane pon, terima kasih kepada semua pemiutang2 yg baik hati, yg telah memberi aku pinjam duit mereka. Kemudian, nak byr duit rumah 6 bulan deret terus. Xde la nanti aku over spend ke, ape ke kan. Ok, tu part yay! dan separuh not yay!

Another half for 'not yay!' is about class task. Hari tu, konon2 dpt task kne buat essay 500 words, dalam hati ckp, "ala, xde ape la sgt tu.. 500 je". Fine. Hari ni, dapat task buat essay jugak.. 1500 words. The word counts is not the main point. Yg peningnye ialah the effort to collect points for the content. Mcm kne study byk perkara je. Dan hari ni, belajar serba sedikit (tapi dah pening dah sbb byk input) mcm mane schooling system kat cni, which I personally found it fairly similar with Malaysian schooling system generally, tapi ade part yg ade obvious gap. Whoaa.. ni macam dah ayat utk essay ni! 


Kamu mao bantu???

Tuesday, 28 September 2010

Which style are you?

I attended the first lecture yesterday, I mean the formal lecture. We were discussing about learning styles, which some way will affect out teaching styles. Well, you might not be interested to learn about teaching and stuffs (as not all of you are in education field), but you might want to know how you learn. It's been more than 20 years (or less) for some body, yet they still couldn't 'catch' their learning style. Take a look at those questions and try to answer it. 

When you spell a word, do you..
1. try to visualise it (does it look right?)
2. sound it out (does it sound right?)
3. write it down (does it feels right?)

When you are concentrating, do you..
1. get most distracted by untidiness
2. get most distracted by noises
3. get most distracted by movement, or physical disturbance

When you choose a favourite art form, do you..
1. prefer paintings
2. prefer music
3. prefer dance/sculpture

When you reward someone, do you tend to..
1. write praise on their work in a note
2. give them oral praise
3. give them a pat on the back

When you talk, do you..
1. talk quite fast, but keep idle conversation limited, use lots of images
2. talk fluently with an even pace,in a logical order and with few hesitations and enunciate clearly
3. use lots of hand movements, talk about actions and feelings and speak more slowly with longer pause

When you meet people, do you remember mostly..
1. how they looked or the surroundings around you (while meeting them)
2. what was said or their names
3. what you did with them or their emotions

When you see a movie or watch tv or read a novel, do you remember best..
1. what the scenes or what the people looked like
2. what was said - and how the music sounded
3. what happened or the character emotions

When you  relax, do you generally prefer..
1. reading or watching tv
2. music
3. games, sports

When you try to interpret someone's mood, do you..
1. mainly note their facial expression
2. listen to their tone of voice
3. watch body movements

When you are recalling something, do you remember..
1. what you saw / people's faces / how things looked
2. what was said / people's names / jokes
3. what was done - what it felt like

When you are memorising something, do you prefer to memorise by..
1. writing something down
2. repeating words aloud
3. doing something repeatedly

When you are choosing clothes, do you..
1. choose almost exclusively by how they look, how they coordinate and by the colours
2. take a lot of notice of the brand name, what the clothes 'say' about you
3. choose mainly how they feel, the comfort, then texture

When you are angry, do you..
1. become silent and seethe
2. express it in an outburst
3. storm about, clench your fists, throw things

When you are inactive, do you..
1. look around, doodle, watch something
2. talk to yourself or others
3. fidget, walk about

When you express yourself, do you use phrases like..
1. I see/ I get the picture / Let's shed some light on this / I can picture it
2. That sounds right / I hear you / That rings a bell / Something tells me / It suddenly clicked / That's music to my ears
3. That feels right / I'm groping for an answer / I've got a grip on it / I need a concrete example

When you contact people on business, do you..
1. prefer face-to-face contact
2. rely on the telephone
3. talk it out while walking, eating, etc

When you are learning, do you..
1. prefer to read, to see the words, illustrations, diagrams, sketch it out
2. like to be told, attend lectures, talk it over
3. like to get involved, hands on, try it out, write notes

When you assemble new equipment, do you first..
1. look at the diagrams / read the instructions
2. ask someone to tell you what to do
3. work with the pieces

and then, you..
1. ask questions / talk to yourself as you assemble it and then do it
2. as them to show you and then try it
3. as questions and then look at the diagram/instructions

It might take you sometime to complete this quiz. But once you do, you will able to understand more about yourself, know how you do things and get the best way to learn! Now you've completed the questions, here the answer of the styles.


If most of your answers are..

number 1, then you are a visual learner - these people learn most effectively by visual channel. They often like reading and strong visual images (such as short clips). They would prefer colours in their notes - also prefer flow maps, charts, mind maps, pictures and diagrams. Often choose to write repeatedly to memorise something. Some of them also prefer to access information through written word.

number 2, then you are a auditory learner - these people learn most effectively through listening. They read and speak aloud and do not really write much (they stress out the important word to memorise). They prefer teacher explanations, group discussions and lectures. 

number 3, then you are a kinaesthetic (physical) learner - these people learn the best when physically engaged in learning activities. They find it easier if they do something rather than just sit back and listen - e.g role play, simulations, practical experiments or model making. 


Karma yg dibual-bualkan sgt tu..

Situasi : 
Minah A baru je break up dgn bf dia. Break sbb memang dr awal, dia x pnah suka apa lagi sayang pon dekat laki tu. Then, dia couple mamat B yang dah lame ade hati dekat dia (minah A). Minah A ni memang giranglah, sbb dia pon mmg suke kat mamat B. Kawan minah A, iaitu minah C, bleh pulak ingatkan minah A, jgn seronok sgt, kne ingat dunia ni ade hukum karma. Aku yang mendengar perbualan tu? "Huh??!!£$%£$^&*^"

Kemendelah yg nak ditaksubkan sgt dgn hukum karma tu? (Aku ckp mcm ni sbb mmg slalu sgt dgr si budak tu duk sebut2 pasal hukum karma) Kalo dia tu beragama Hindu, len kisah. Duk sebut beria hukum karma tu apa, taw ke?

"Jgn seronok sgt, kne igt, dunia ni ada hukum karma. Hari ni, kita tinggalkan orang, esok lusa orang plak tinggalkan kita." 

Oke, ayat kedua tu, aku setuju. Ada kes mcm tu. Tp, part hukum karma tu, aishh. Meh akak nk cite ye dik. Hukum karma tu, kepercayaan org yang beragama Hindu, bukan orang Islam. Dalam Islam, xde pon sebut psl hukum karma. Yang ada balasan Allah. Sbb apa hukum karma tu x relevan dgn Islam? Pertamanya dah mesti-mesti je sbb xde hadis pon yg sebut psl hukum karma. Oke, boleh la ckp, x seme org expert bhgn hadis2 ni. Still, boleh fikir, kan? Hukum karma adalah pembalasan perbuatan manusia di dunia (sama ada balasan utk perbuatan baik, atau perbuatan buruk), yg mana berkait jugak dengan past -and present life (apa yg dia dah buat kt past life dia, kalo x dpt balasan lg, akan dpt balasan dlm present life dia). Dah terang2 dalam Islam xde diajar pon psl past life kemende tu. Dah x percaya wujudnya past life, buat ape plak yg ko g percaya hukum karma? Adoii.. ni yg buat aku x phm sgt ni. 

Lg satu, sepanjang pengetahuan aku (dlm pengetahuan agama yg x seberapa ni), dalam Islam, ada 3 jenis balasan yg Allah 'bayar' utk perbuatan manusia.
  1. Allah balas sama seperti apa yg kita beri/buat - contoh : hari ni ko langgar lari sorg budak skolah, esok lusa ko plak kne langgar dek lori balak.
  2. Allah ganti dengan benda lain - contoh : semalam ko bagi kucing yg ko jumpe tepi jalan makan wiskes, 2 mggu lepas tu ko menang peraduan teka silang kata, dapat hadiah kereta sebijik.
  3. Kalo 2-2 dia atas balasan di dunia, yg ketiga ni, balasan di akhirat - semestinya ganjaran syurga atau balasan neraka.
Xdenye ko diberi option utk pilih sama ada nak percaya hukum karma atau x. Yg pasti, hukum karma tu mmg x bleh caya. Then ko tny, "pastu, nk percaya hukum mana?".. der.. hukum Allah kan, ade! 


aku kritik apa yg aku taw dan apa yg aku mahu

Monday, 27 September 2010

Kenapa kamu lupakan saya?

Hari ini, 18 Syawal, dan rumah - rumah masih 'terbuka' menerima tetamu. Meriah kan, sambutan Syawal? Kat facebook jangan cakap la.. News Feed penuh sesak dengan perkataan 'rumah terbuka', 'open house', 'berkumpul', 'baju raya'.. Gambar-gambar yang baru di-upload pun, kebanyakannya berkisar tentang suasana open house - worldwide. Tak percaya? Tengok la korang punye News Feed sendiri. Sure heboh! 

Kamu semua tahu, setiap kali puasa atau raya, atau hari-hari biasa pun, saya selalu rasa diri saya dilupakan. Contoh? Katakan esok hari pertama puasa. Hari ini, kamu mesti sibuk nak wish kawan-kawan atau saudara-mara kamu 'selamat berpuasa'. DAN, kamu lupa untuk wish pada saya. Macam tu jugak kalau hari raya. Kamu akan tanya kawan-kawan kamu, 'eh, baju raya ko kaler ape tahun ni?' 'ko raya kat mane ek?' 'kuih raya buat ke beli?' Tapi, tak ada yang nak tanya saya semua tu, melainkan saya yang tanya mereka dulu. Sedih, kan? *bukan nak mintak simpati, tapi memang selalu macam tu* Kalau bukan saya yang mulakan dulu, tak ada yang nak ingat saya. :(

Hari raya ke-2 baru-baru ni, saya temankan adik-adik saya beli barang di Mesramall. Dalam pukul 7 malam macam tu, kitorang nak gerak balik. Elok je saya tengah tunggu lagi 2 orang adik kat kereta, saya nampak sekumpulan manusia (yang ada antaranya saya kenal dan masih cam - sebab dah bertahun-tahun tak jumpa). Aaaaaa~~ Tu geng-geng sekolah rendah dulu! Boleh dorang buat gathering TANPA ajak saya? Sangat kecik hati. 'Eh, kitorang tak tahu pun ko ade balik..' Ok, fine lah untuk yang tak tahu. Tapi, ada yang tahu. Siap jumpa kat masjid tiap-tiap malam masa terawih. Boleh dia tak ajak? *Sedey*

Kawan-kawan SELALU sangat tanya, 'bila ko nak balik weh?' Dan saya sebagai kawan yang baik akan jawab soalan mereka walaupun, dah 10 kali ditanya soalan yang sama oleh orang yang sama. Saya faham, mereka bukan catat dalam diari pun. Dekat-dekat tarikh nak balik, saya akan inform besties saya. Akan tetapi, tiap kali saya balik, memang saya je lah yang akan lawat mereka. Betul! Tahun lepas je la kot, pertama kali kawan-kawan datang ke rumah. Tu pun, lepas disogok dengan makanan-makanan yang banyak. Saya yang akan melawat laina dulu. Saya akan jumpa haini dulu sebelum dia jumpa saya, walaupun kami tinggal dalam daerah yang sama. Ke rumah dayah, walau dia tinggal nun di hujung belah sana negeri Terengganu. Ke Shah Alam.. etc. 

Tak adalah nak cakap saya berkira dengan semua ni. TAK PUN! Cuma, selalu terasa sedih bila mana mengingatkan yang tak ramai pun orang yang ingat pada saya. Ermm.. tiba-tiba rasa sayu yang teramat. 

Saturday, 25 September 2010

Pasar Malam in London!

I didn't plan this at all. It was a sudden decision from the 4 of us. I've came across with the flyer some time when I was still in Malaysia, but couldn't really remember the exact date. It was Iskandar really that reminded me about the event - thru facebook. So I asked my housemates if they want to go. They do indeed! *seronok



It was 6 pm when we left our house. Quite cold and a bit windy - was raining an hour before. We took about an hour to reach the destination, Trafalgar Square. People were everywhere! Well, can't blame them really - it was 7 pm, cold and everyone was craving for foods. Hoho~ The smell of the famous satay made us even more hungry. So we headed to the food stalls without bothering if there's any craft stall, etc. 

got some foods from Satay House

After a very long time waiting in the queue, we managed to get to the front line. Unfortunately, the foods were already finished. The next batch was on the way - took about 30 minutes. So, we waited again. The abang at the stall said "there was no one here from 3 pm to 4 pm.." Off course lah.. It was pasar malam isn't it? So people surely do come at night.. Haiihhh... We managed to get the foods, at last! Bought curry laksa and rendang with beriani. Superb! Worth the time waiting.

we got free hibiscus hair clip from the flower girl~

There were performances during the event too. Some dancing and singing i think. I wasn't really look at the stage, just heard some voices and music coming from the centre of the square. We filled our stomachs with good foods, then it time to head back home. The night was cold and windy. Coldness + kenyang-ness = sleepy. Alhamdulillah, all of us arrived safely at home.  



Friday, 24 September 2010

raya best photo

out of all raya photos, I like this one the best.. how about you guys?


Please;


upload just ONE photo from your raya collections (the best one surely) - any photo would do, NOT NECESSARILY you have to be in it!

I'd like to tag CikYah, MatDo, Daoz, Shaolin & Han.

My Days

I'm in the crowd,
I laugh, smile and having conversations..
Yet in some way, I feel so alone.. 

Wednesday, 22 September 2010

Raya.Raya.Raya.Raya.Raya!

It took me almost half day to upload all this photos here. Haiiihh.. Internet, puuhhleaseee lah~ All of these were taken a week ago - while celebrating raya with family in Malaysia, and now I'm here in UK without them *sob sob*. Oh ya, we have this purple theme for this year. I don't know what am I supposed to type here - due to a very long waiting period, just enjoy the photos!

at Tok's house in the raya morning, after raya prayer

the pack.. we have almost 6-7 timer based snaps, but I love this one the most

 mak, adik, Tok and cousins

my sisters and I 

and mom wanna join us posing too

After Jumaat prayer. we headed back to our house. Spent some time at Tokwan's - our grandpa on the father's side. Happen to meet another relatives there as well. 

poor this baby.. he's born with condition : no intestine 

u know, this is how kids usually been 'force' to do before they got their duit raya 



i was kind of not ready for this one.. but she was so eager to snap! 


All these photos are exclusively at wanfathiah.blogspot. I haven't uploaded the pictures anywhere before, and not even think to do so. This could be the last raya in my life as a student. 

Monday, 20 September 2010

Bukan

Kalau kamu nakkan yang cantik, itu bukan saya.
Kalau kamu nakkan yang baik, itu bukan saya.
Kalau kamu nakkan yang berbudi bahasa, itu bukan saya.
Kalau kamu nakkan yang sempurna, itu juga bukan saya.

Saya hanya orang biasa yang punya karakter saya sendiri. Dari segi rupa, saya klasifikasikan diri saya biasa sahaja, cukup sifat yang Allah kurniakan. Saya terbiasa dengan hidup berdikari, tapi ada masanya saya juga bergantung pada orang lain. Ada waktu saya berbuat silap, dan saya sedia ditegur atas silap saya. Saya boleh memahami dan saya juga pinta difahami. Ada rasa marah, gembira, sedih, cemburu, teruja dan terkilan. 

Untuk kamu yang anggap saya sebagai kawan atau lebih dari kawan, yang dari masa lalu, masa kini dan masa depan, saya minta maaf atas kekurangan saya. Jika saya bukan yang terbaik untuk kamu jadikan kawan atau teman, kamu ada selautan pilihan untuk dapatkan gantian.

Sunday, 19 September 2010

cici


cici ade mata yg besar, tangan kecik yg sgt comel, dan ekor yg lebat!

Inilah cici! Comel, kan? It was a gift from my friend, Sara. Mula-mula dapat dulu, xde la perasan sgt psl kecomelannye. Then, mase packing brg utk shipping, sy dgn senang hati mencampakkan cici ke dalam kotak shipping. Sorry ye cici. X bermaksud nk buang kamu pon. Masa tu x bg dia name lg. Bila kotak shipping sy rumah, sy bukak la kotak tu utk cari buku2 nk di susun dlm rak. Tibe2 terjumpa cici. Sy kuwakn cici, then mak ckp, "dah besar2 pon nak main mende2 mcm tu lagi ke? ish.. x paham la mak.." Mak ambik cici belek2. Ralit benor sy tgk mak duk membelek cici sampai adik yg bongsu syok bercerita ngan mak pon, mak x perasan. Haha. Sejak dr hari tu, cici jadi rebutan kt rumah. Hamek. 

Sehari seblom sy berangkat balik ke UK, angah ade ckp, "long, mane cici awak.. awk tinggal je la cici tu kt rumah.. biar sy jaga.. mula2 sy jaga, pastu sy dera2 dia.. pastu, sy wat video tunjuk kat awk.." aaaaaaaa~~! walopon cici tu bkn mende hidup, tp sy x bleh bayangkan mcm mane dia kne dera oleh angah. Terus sy masukkan cici dalam bag pack sy utk di bawak balik ke UK. Dan skrg, cici selamat di atas katil sy.. Heeee.. Sekian, terima kasih. 

money constraint

Sekarang dah 2/3 bulan september berlalu. Duit dalam akaun bank masih kering kontang. Tuntutan bayaran bil-bil dan sewa rumah perlu dilunaskan. Belum lagi masuk soal bayaran insurans, transort, makan-minum. Agaknya, bilakah elaun untuk bulan september akan masuk? InsyaAllah, esok kelas akan bermula. Duit lagi. Nak mintak bantuan kawan-kawan lain pun, mereka masing-masing tengah kering. Agaknya, dah kena mula ganti puasa kot.. Tu lah, asal tak ada duit baru ingat nak puasa. Masa duit tengah lebat, tak nak pulak puasa. (-.-)"

Saturday, 18 September 2010

Bau Tanah Inggeris..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Selamat juga aku jejakkan kaki ke tanah Inggeris ini, sekali lagi. Ada terfikir-fikir untuk selitkan entri raya kat sini. Tapi, baik ditangguhkan dulu kot. Sebenarnya, ada banyak lagi entri-entri lain yang tertangguh, aissshhh.. Udara musim luruh kali ini agak berbeza dari yang sebelumnya. Daun-daun masih belum gugur sepenuhnya ke bumi, sama seperti September lepas. Sejuknya juga tak jauh beza dari September yang sudah-sudah. Redup-terangnya juga tak ubah seperti luruh yang lalu. Cuma, masih ada yang berbeza. Mungkin kerana persekitaran baru yang belum dapat dibiasakan lagi. Mungkin kerana belum bersedia untuk mulakan kelas. Mungkin juga sebab hati tak rela.. 

Rumah baru? Not bad. Cukup lah untuk dibuat tempat berteduh, mandi, makan, tidur. Kemudahan asas dan tak asas pun dekat dengan rumah. Bus stop depan rumah, tesco pun tak berapa jauh, post office-farmasi-kedai runcit bawah rumah je. Syukurlah, tak perlu banyak bersusah. 10 bulan je pun. 10 bulan. Macam sekejap, tapi lama. 5 hari yang berlalu sekarang pun, macam agak terseksa, ni lagikan pula 10 bulan. Orang kata, lagi dihitung, lagi terasa,kan? 

ini adalah barang2 yang berjaya dibeli untuk 'tempat' baru.. duit pun banyak habis

Aku memilih untuk tidak meng-upload gambar bilik for safety reason. Manalah tahu, kan? Bilik kali ni, memang besar. Double room. Wardrobe dia super duper besar. Barang-barang yang selama ni tak muat nak disimpan dalam bilik, kali ni berjaya dimuatkan semuanya dalam wardrobe itu, DAN ada spare spaces! Bayangkanlah. Hehe.. Sangat berpuas hati walaupun kena bayar lebih sikit. Tapi, belum ada internet. Bertalian sekarang pun, pakai top up. Ouh, pasal bayaran, berkait rapat dengan elaun. Sekarang dah pertengahan bulan September. Tapi, kami semua masih belum menerima barang se-pence pun dari penaja. Adakah pegawai-pegawai yang budiman sekalian masih lagi bercuti raya? Kami semua amat-amat memerlukan elaun itu untuk membayar sewa rumah. Mood sedih melayang masuk tanpa dipinta. 

-off to maghrib prayer-


Saturday, 11 September 2010

untuk kamu semua di hari raya



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Ok, sesungguhnya tiada kad, atau mini poster cantik2 mahupon flyer menarik untuk dipertontonkan di sini. Yg ada, hanya 2 baris ayat, yg biasa kita jumpa kat mane2. X kesa la, biasa pon, janji, maksudnya sampai, kan?  Xde perkataan 'ikhlas' sbb ade org ckp, bile kita bitaw kite ikhlas, dah jadi x ikhlas dah. So, kalo x btaw tu, fhm2 lah ye :P 

Makan berpada-pada ye. Jangan nnti ade yg sakit2 plak. Kalo nk balik kampung, pastikan semua pintu dan tingkap rumah anda dikunci terlebih dahulu, ok? Maklumlah kpd jiran, supaya  mereka dpt tlg tgk-tgkkan rumah. Jangan lupa tentang pets anda! 

Pandulah kenderaan anda berhemah di jalan raya. Igt sebelum kena. Bukan beringat supaya x langgar org je, tp, beringat gak supaya org x langgar kite. Gambar raya dah agak banyak terkumpul, dengan warna tema purple menawan tahun ni. Tp, update psl tu, lain kali kot. 
Orang selalu kata, 1 syawal ni adalah hari kemenangan, hari di mana umat Islam celebrate kemenangan setelah berjaya mengharungi puasa di bulan Ramadhan. Selalu sgt ayat mcm ni keluar, esp time khutbah raya. Tapi, kat mana 'menang'nya kite?

Tuesday, 7 September 2010

Fasa-fasa raya

Hari ni, dah bermula dah hidup mcm buruh kasar. Bukan apa pun, tp, sgt ape-ape, ok, mak minta tolong sental-sentul, buka-pasang, susun-atur, kemas2 rumah je. Dan adik2 pulak ckp nk buat kuih raya. Layankan je la. X excited pon nak raya. Sbb? Rasa mcm life is sucks lately. Fasa pertama start hari ni. Dan fahamlah anda semua, bahawa fasa2 berikutnya akan menyusul untuk hari2 seterusnya. Mak cakap, dia rasa mcm byk mende yg x sempat siap sebelum raya. Aku buat muka toya je. Layankan jek sudah mane2 yg ade. 

Duk kemas2, buat kuih, kepala pk nk update blog je. Haha. Bukan tak ikhlas wat keje, kayh! Time2 duk wat keje, idea datang, nak buat cemana? Ni dah pkol bape pon, kalo nk update seme benda yg kat kepala ni. Nanti nk bgn sahur plak, pastu keje2 fasa ke-2 lagi. Mao lalok kalo hayun seme sekaligus, n ofkos x tdo la jawabnye! Nanti seme sendi2 lembik mcm playdoh, sape nak jawab? Raya dengan eyebag. Aaaaaa~~ taknak oke! Walopon tak excited nak raya, tp x mao lah jadi mcm tu. Oklah, sudah penat, mao tdo dlu. Nyte2 world..

Foot note: Kalao rasa terlalu emo, nak mencurah segalanya, kat mana atau kat sape sesuai ye?

Sunday, 5 September 2010

'I turn to you'


Pernah dengar lagu bertajuk macam ni? Lirik dia bagi aku, sangat menyentuh hati dan sanubari :D Sesuailah kot kalau anda-anda semua nk tujukan lagu ni untuk sesiapa yang anda-anda suka sesedap rasa. Aku tak pernah berblog seserius ini. Selama ni, blogging hanya untuk suka-suka je. Takdelah nak cakap sekarang aku nk blogging serius ala-ala nk bukak firma guaman atau nak buat blog kaunseling ke apa, cuma pengisiannya dah tak berkisar tentang aku je. Jadi, ada apa dengan 'I turn to you'?

Lagu tu, hiasan je, ok? Saja nak pancing. Haha. Ok, pernah rasa lonely? Macam dah tak ada siapa-siapa dalam dunia ni yang masih nak ambil tahu pasal kamu? Rasa macam lebih baik tinggal dalam hutan berkawan dengan monyet-monyet dari berseorangan dalam riuh rendah orang ramai? Kemudian, datang si pari-pari menghilangkan rasa sunyi kamu? Ok, cut the fairy part. I mean, out of nowhere, there is a very someone who just appeared and offered you to lend her/his ears to listen, smile to comfort and shoulder to lean on? 

Dalam posisi kamu yang kesunyian, dan dengan kedatangan tak terduga, kamu pasti teruja. Sangat pasti. Kemudian, kamu mula mencurah kepada dia-yang-tak-berwajah. *bukan hantu ok, maksud aku, kita tak tahu siapa 'dia' tu kan* Tentang masalah kamu, hari-hari kamu dan perasaan. Segalanya mungkin bermula di situ. Maksudnya, kamu menjadi kawan, atau mungkin bercinta. Looking at the other side, there are possibilities of 'hope'. Salah seorang terlencong perasaan dan terperasan. Dan, mulalah drama berbabak-babak, luka hati dan terkorban perasaan. Norma alam. 

Selalu kita dengar, 'bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Tapi, kalau sebelah tangan tepuk lantai, bunyi tak? *tepuk la kuat sikit, kalau tepuk pelan, ko guna dua-dua tangan pun, tak bunyi.. adoii* Aku cakap, tepuk lantai memang berbunyi, tapi sakit. Samalah tu. 

Tak percaya? Lihat saja sekeliling kamu. Perkara yang sama je terjadi sebenarnya. Kisah cinta, persahabatan, kekeluargaan, kasih sayang, kebanyakkannya bermula dengan epilog ini. Sebab, human beings, memang sukakan perhatian. Perlukan orang lain to turn to. Perlukan telinga yang tadah dengar masalah dan keluhan. Perlu ada mulut yang menasihatkan. Perlu bahu untuk bersandar. Tak kira lelaki atau perempuan. 

We love to get others attention, yet we forget to give ones. We love to hurt, though feel sad when being hurt. We often think world is not fair enough to us, but have we remind ourselves how cruel we are to the world?

Saturday, 4 September 2010

Gmail New Filtering!

Have you ever feel annoyed with the overloaded emails? Having heavy headache because of so many spam mails in your inbox? Or feeling so overwhelmed with the networking pages email notifications? Gmail is introducing the new priority inbox for it's loyal users. This new filtering system helps you to sort your mails from the most important one to the less important. Cool, huh? So, how does it work?


This is pretty much how your Gmail inbox looks like after the filtering. You'll spot the important mails in the 'Importand and Unread' section. It makes life easier when you're dealing with urgent business, isn't it?


As messages come in, Gmail automatically flags some of them as important. Gmail uses a variety of signals to predict which messages are important, including the people you email most (if you email Bob a lot, a message from Bob is probably important) and which messages you open and reply to (these are likely more important than the ones you skip over). And as you use Gmail, it will get better at categorizing messages for you. -source-

Alternatively, you could always mark any important mails by yourself so you know, the next time the mail reach your mailbox, it's already in the right section!

p/s: for non-Gmail users, why not try this? I mean, get a gmail account! :P

The Anniversary

Alhamdulillah, it's been 3 years. Happy birthday wanfathiahblogspot! Tak pernah terjangka pon, blog yg x seberapa ni, akan cecah usia 3 tahun. Walau bagaimana pon, ade sket rase kesal; mcm yg Mr Daoz ckp, problem ngan blog feed. Hurmm... xpelah, I'll try to figure out what's going on. 

I've been sharing lots of things here since 3 years ago, and I'll keep doing so selagi ada kudrat dan idea (dan tentunya izin dari Dia). Tak kesahlah kalo ade yg tak suke pon. Bukan aku ganggu gugat sape2 pon, dan xde menyusahkan orang len pon. Kalo x suke, then don't read. Read it or leave it. Haha. 

Again, to my dearest most loyal company, HAPPY 3rd BIRTHDAY! I'm glad you're here. :)

Friday, 3 September 2010

Ramadhan : Antara Agama dan Budaya

Aku bukanlah orang yang pakar dalam memperkatakan tentang agama, atau apa sahaja. Tertubuhnya blog ini pun, sekadar untuk aku kongsi pendapat aku dengan bloggers yang lain. Cuma, tak ada lah aku cakap, yang semua benda yang dipaparkan kat sini adalah nonsense semata. Percaya akan pambaca dan bloggers lain sudah cukup matang untuk nilai baik buruk, aku kongsikan apa yang terdaya. 


Dua tiga hari lepas, mailbox aku penuh dengan notifications dari sorang blogger @ blogdrive. Memang dah lama betul tak baca tulisan-tulisan dia, yang kebanyakkannya merupakan e-novel. Terbaru, blogger ini menulis lagi. Kali ini berkisar tentang ramadhan al-mubarak. Cantik susunan plot dan garapannya. Pendek kata, aku memang dah lama jatuh hati dengan penulisannya. Berkisar tentang ramadhan, dalam satu bab, penulis ada bercerita tentang budaya ramadhan. Lama aku ulang baca perenggan tu. Antara amalan agama di bulan ramadhan, dan budaya ramadhan masyarakat kita hari ni.
"Ramadhan tu bukannya diertikan dengan bazar Ramadhan.Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita.Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung.Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel.Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia."
"Contohnya kalau buat sambutan berbuka puasa.Memang la bagus nak meraikan buka puasa tu.Tapi cara nak meraikan tu pun kena la appropriate jugak.Yang kita tengok kebanyakan orang buat sambutan buka puasa ni campur je lelaki perempuan dah gaya orang buat catching-up kat mapley pun ada.Pergaulan tak jaga,layan dengan sembang-sembang kosong.....patutnya boleh buat pahala tapi dah tak jadi makna apa la kalau macam tu gayanya."
Dan banyak lagi contoh lain yang nampak nyata oleh kita semua sendiri. Keghairahan orang buat kuih raya, jahit baju raya, sampai tinggalkan terawih. Macam yang dah aku nyatakan kat first paragraph, aku bukanlah orang yang berpengetahuan luas tentang agama. Pengetahuan ada, mungkin tak banyak macam orang lain, dan ada yang aku sendiri tak amalkan. The least thing I could do is, share the knowledge I have

Orang kita, memang selalu membudayakan sesuatu. Membudayakan teknologi, peraturan, pengetahuan dan tak ketinggalan, agama. Kalau budaya yang diterapkan tu, jadi ikutan dan bawa kebaikan, tak ada salahnya pun. Ada ke aku cakap salah? Cuma, bila dah keterlaluan pembudayaan yang dibuat, akan mengundang kepada efek yang tak elok.

Bercakap tentang bazar ramadhan. Ada sesetengah orang, sanggup ambil cuti tak bergaji selama sebulan di bulan ramadhan, semata-mata untuk berniaga di bazar ramadhan, yang kita sedia maklum, memang (insyaAllah) bawa keuntungan yang banyak. Bagi aku, ada pros dan cons tindakan seumpama ini. Tak perlu disenarai pendek atau panjang. Topik perbincangan kita, bukan berkaitan hal macam tu pun. Berbalik kepada tajuk entri, aku klasifikasikan kesanggupan golongan ini, sebagai sebahagian daripada pembudayaan ramadhan. Sayang, kan? 

Aku hanya pengutara pendapat. Kamu, penilai yang baik, nilaikan. 

Wednesday, 1 September 2010

53 tahun.. Tahniah Malaysia!

Selamat ulang tahun Malaysia! Aku lupa bila kali terakhir aku sertai sambutan kemerdekaan di Malaysia. Ambang merdeka terakhir pun, tak pasti bila yang terakhir. Ok, tipu. Malam semalam yang terakhir. Tak rancang pun sebenarnya. Tiba-tiba saja ayah ajak pergi. Layan saja. Lagipun, bukan ada buat apa sangat kat rumah malam-malam buta. Cuma, ada jugak rasa tertanya-tanya, "Bulan puasa pun, ada jugak ye, sambutan macam ni?" Selepas solat isyak kat masjid, Imam masjid dah bagitahu awal-awal, untuk jemaah sekalian, sama-sama solat hajat sempena dengan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Alhamdulillah, masih ada sambutan seumpamanya. 

Sambutan ambang merdeka yang aku pergi tu, kat kemasik. Pantai Kemasik. Sampai kat sana, majlis dah separuh bermula (kalau tak silap). Kami tak berkesempatan pun nak park kereta kat parking area yang disediakan. Terpaksalah park jauh sikit. Ayah ada cakap, "ADUN kita siap buat jamuan sahur lagi.." Ouh, patutlah ramai teramat orang yang datang. Lagi-lagi budak muda. Nak makan free rupanya. Macam malas je nak bercerita panjang, jadi kam,u kamu dan kamu semua, silalah lihat gambar-gambar yang ada. 

 ada Kuiz Merdeka, dan budak baju hitam-putih kotak-kotak tu,
sanagt bersemengat angkat tangan nak jawab semua soalan

 kualiti gambar teruk.. minta maaf


ada sorang pak cik tak sedar, dia dah kibarkan jalur gemilang yang terbalik! 

 munge apiiiii...


Setiap tahun orang memperkatakan tentang merdeka. Pengertian merdeka, kesan kemerdekaan, sejarah merdeka dan macam-macam lagi. Tak perlu kot untuk aku ulang balik semua tu, sebab walau diulang sebut berapa kali sekalipun, tapi kalau tak 'melekat', habuk pun tarak! Jadi, apa-apa pun, semuanya kembali kepada diri sendiri. 

Untuk semua rakyat Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53. Bebas itu, besar definisinya, dan terpulang kepada anda untuk manfaatkan kebebasan yang anda miliki sekarang. :)